Program PIBG SK Desa Pinggiran Putra

1 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

29 Februari 2020, Sabtu – Pusat Internet Putrajaya telah menganjurkan program bersama PIBG SK Desa Pinggiran Putra untuk memberi taklimat Pengenalan Pusat Internet & Advokasi bersama pelajar SK Desa Pinggiran Putra. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada mereka mengenai tujuan utama penubuhan Pusat Internet di Malaysia serta program yang telah dijalankan oleh Pusat Internet. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Pendaftaran Ahli Pusat Internet, Pendaftaran Pelajar eKelas Maxis 2020, Kempen Mobile Ewaste/Check Your Label/Klik Dengan Bijak, Pertandingan ICT dan Advokasi (Cross Word, Teka Logo, Pick Your Luck (Kuiz) dan peneranggan mengenai Malaysia Travel Privilege Card.

Seramai 314 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, guru dan ibu bapa telah terlibat dalam program ini. Program ini dijalankan bermula pada pukul 7.30 am hingga 1.00 petang. Program Mesyuarat PIBG SK Desa Pinggiran Putra telah dirasmikan oleh En. Muhamad Mizan Adli bin Mohd Noor, Ahli Majlis JPP Zon Pinggiran Putra.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas